Setiap tahun Yayasan
Mahasiswa menganjurkan program lawatan sambil belajar dan ‘homestay’ ke Luar
Negara. Melalui program ini murid berpeluang meniti persaingan global melalui
pengalaman sendiri, mencipta kejayaan , berfikiran terbuka dan lebih berdaya
saing. Korea Selatan menjadi destinasi pilihan tahun 2011 setelah ke Jepun pada
tahun 2010 serta 2009 ke Itali. Saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang
mengikuti program pendidikan yang sangat bermakna ini. Pada 2 hb Disember, seramai
33 orang pelajar ,berumur di antara 11 hingga 17tahun berserta 3 orang guru
pengiring berlepas ke Incheon Airport. Rombongan diketuai oleh Presiden People
to People International Malaysian Chapter. Sepanjang program , pelbagai aktiviti
diadakan,termasuk pengalaman berada di Sekolah Menengah mereka, lawatan ke
Universiti, mengambil bahagian dalam upacara kebudayaan, melawat pelbagai
tempat menarik selain berkesempatan bermain ski di Muju Resort yang terletak di
daerah Jeon Ju.
Apabila kami tiba di
Incheon Airport pada jam 6.20 pagi kami disambut mesra oleh Cik Cecilia. Sebagai
permulaan, kami melawat Istana Gyeongbok Palace terlebih dahulu. Menjejakkan
kaki di situ, melahirkan perasaan umpama diri berada di laman istana di raja dahulukala
yang dilengkapi pelbagai tarikan senibina unik dan tersendiri. Saya berasa
sangat bertuah dapat menyaksikan pertukaran pengawal di pintu istana, kebetulan
kami sampai tepat pada masanya. Kemudian kami meneruskan lawatan ke Muzium
Perang dan Tugu Peringatan Perwira Korea yang terkorban mempertahankan Negara
semasa peperangan Korea-Jepun. Selepas makan tengahari ,kami ke destinasi yang
dinanti-nantikan- ‘Bandar Jeonju’ untuk memulakan aktiviti homestay. Perjalanan
daripada lapangan terbang ke Jeonju mengambil masa kira-kira empat jam. Kesejukan
yang terlampau memaksa kami untuk mengenakan pakaian musim sejuk. Pemandangan sepanjang
perjalanan kelihatan indah dengan pohon-pohon Maple yang daunnya berwarna
kuning-kemerah-merahan serta pohon-pohon lain yang telah keguguran daunnya.
Korea Selatan merupakan sebuah negara yang dipenuhi dangan gunung yang mencakar
langit. Lebih menarik, timbunan salji yang memantul cahaya seperti berlian
boleh dilihat di puncak pergunungan.
Kami tiba di JeonJu pada
pukul 4 petang. Ketika itu, semua keluarga angkat sedang menunuggu ketibaan
kami dengan penuh senyuman. Terpancar keikhlasan di wajah mereka untuk menerima
kami dengan hati yang terbuka. Kami disambut dengan persembahan ‘seni
mempertahankan diri masyarakat Korea’. Acara pembukaan
diadakan dengan pertukaran persembahan kebudayaan antara dua negara
- Malaysia dan Korea. Pada majlis perkenalan selama tiga jam ini,kami
berpeluang mempelajari budaya rakyat Korea dan bertukar-tukar pendapat. Lewat
petang,kami dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing -masing. Hati saya resah
bercampur gembira. Inilah pengalaman pertama saya tinggal di rumah keluarga
angkat.Semestinya saya berasa janggal kerana menjadi orang baru, tambahan pula mereka
berlainan bahasa, budaya dan agama. Saya mengambilnya sebagai satu cabaran yang
sangat positif. Ayah angkat saya merupakan seorang doktor gigi manakala
isterinya pula seorang suri rumah. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan
seorang anak lelaki. Walaupun ayah angkat saya berpendidikan tinggi, beliau
tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya kagum terhadap semangat priotik mereka dan
kebanggaan mereka terhadap bahasa dan budaya sendiri.
Keesokan paginya, saya
bangun awal untuk menyediakan sarapan ala Melayu dengan bahan-bahan segera yang
saya bawa dari Malaysia. Keluarga angkat saya berkata mereka sangat mengemarinya.
Selepas sarapan ,kami berpisah. Mereka menghantar saya ke stesen bas di mana
saya bertemu dengan pelajar-pelajar lain. Kesempatan mengenali mereka, walaupun
sekejap memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan buat saya. Rombongan kami
seterusnya melawat ke Sekolah Menengah Jeonju Shinheung. Kedatangan kami
diterima oleh mereka dengan tangan yang terbuka. Kain rentang dipamerkan
menyambut ketibaan kami.Kami dibawa melawat ke sekitar sekolah. Disekolah
berkenaan semua mata pelajaran
terima. Kami diberi
taklimat
khas, diperkenalkan kepada system Universiti
dengan penggunaan system IT yang canggih di semua bahagian kampus. Selepas
jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak Universiti,kami bertolak ke
Gyeongju-Bandar Bersejarah.
Gyeongju–menjanjikan pemandangan yang sangat cantik dan
tempat-tempat tinggalan sejarah yang mesti dilawati pelancong yang berkunjung
ke Korea Selatan. Antara tempat-tempat yang sempat kami lawati ialah Shilla
Millenium Park yang
merupakan peninggalan Kerajaan Shilla yang dihidupkan kembali. Kami menyaksikan
sejarah yang digambarkan melalui persembahan lakonan. Kami juga melawat ke
Orgel Music Museum dan Teddy Bear Museum.
Hari-hari akhir di Korea
Selatan dihabiskan di Seoul. Sea World mempamerkan pelbagai kehidupan laut.Persembahan
tarian Ballet di dalam akuarium sangat mempersonakan. Selain itu kami juga
berkesempatan ke Sky Art untuk
melihat pemandangan
keseluruhan Bandar Seoul, selepas menikmati makanan steamboat yang enak di
Restoran Shabu-Shabu. Di Sky Tower, dua orang pelajar yang
mengikuti rombongan ini
telah menunjukkan kemahiran mereka dengan bermain alat musik secara solo.
Pengunjung-pengunjung di situ semuanya terpesona dengan kehebatan mereka
memainkan alat masing-masing.
Pada sebelah malamnya, saya
tidak sabar untuk menonton persembahan ‘Marionette’yang berlangsung selama satu
jam.Persembahan ini sangat menakjubkan. Kami semua terpegun dengan kreativiti
dan kemahiran yang ditonjolkan. Ini merupakan persembahan luar biasa. Walaupun
saya pernah menonton persembahan sebegini di Youtube, namun ianya tidak sehebat
yang saya lihat di sini.
Hari berikutnya,
rombongan kami melawat ke Digital Media City (DMC) untuk memahami sendiri
perancangan Bandar Berteknologi Tinggi Korea Selatan yang di jangka siap
pembinaannya menjelang 2014. Antara kehebatannya ialah seseorang boleh menyemak
dari sistem computer di pejabat untuk mengetahui apa yang terkandung didalam
peti ais di rumahnya, sekali gus boleh memesan barang-barang yang dikehendaki
dari pasar mini untuk dihantarkan ke rumahnya.
Aktiviti lain yang tidak
dapat saya lupakan ialah pertandingan mengukir ais. Pertanding ini diadakan di
Ice Gallery di bawah anjuran PTPI Korea. Salah seorang pelajar rombongan kami berjaya
meragut gelaran juara bagi acara tersebut. Kami juga dibawa masuk ke rumah
Igloo. Ini adalah saya pengalaman yang sungguh menarik. Saya terpukau melihat
alat-alat musik, sofa dan sebagainya yang diperbuat daripada ais dan diukir dalam
saiz sebenar.
Hari terakhir dihabiskan di pusat membeli
belah Myeongdong dan Dongdaemon. Saya dan beberapa ahli rombongan yang beragama
Islam diberi kesempatan ke Itaewon , menikmati masakan Turkey di Restoran
Saalam dan mengerjakan solat Zohor dan Asar di satu-satunya masjid di Seoul.
Pada malam tersebut kami bertolak pulang ke
Malaysia. Walaupun
singkat, saya dapat menimba pengetahuan dan pengalaman yang baru. Selain itu, saya
berbangga kerana merupakan satu-satunya pelajar MRSM yang menyertai rombongan
yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada pelajar swasta dan juga sekolah
antarabangsa.
erm! mcm mne bley dpt tawaran sambil belajar di luar negara ni? nak jugak..kalau boleh!!hehe
ReplyDeletekami memang sentiasa menawarkan lawatan sambil belajar.jika kamu brminat sila layari ruangan upcoming programme di atas untuk makluman lawatan 2013. pembayaran adalah sendiri.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenak tanya, senang tak nak bermesra dengan keluarga angkat tu ? and how many students for each family ?
ReplyDelete