“We must go beyond textbooks, go out into the bypaths and untrodden depths of the wilderness and travel and explore and tell the world the glories of our journey.”

John Hope Franklin

Tuesday 25 December 2012

Korea - Sharifah Aida Husna


Setiap tahun Yayasan Mahasiswa menganjurkan program lawatan sambil belajar dan ‘homestay’ ke Luar Negara. Melalui program ini murid berpeluang meniti persaingan global melalui pengalaman sendiri, mencipta kejayaan , berfikiran terbuka dan lebih berdaya saing. Korea Selatan menjadi destinasi pilihan tahun 2011 setelah ke Jepun pada tahun 2010 serta 2009 ke Itali. Saya berasa sangat bertuah kerana diberi peluang mengikuti program pendidikan yang sangat bermakna ini. Pada 2 hb Disember, seramai 33 orang pelajar ,berumur di antara 11 hingga 17tahun berserta 3 orang guru pengiring berlepas ke Incheon Airport. Rombongan diketuai oleh Presiden People to People International Malaysian Chapter. Sepanjang program , pelbagai aktiviti diadakan,termasuk pengalaman berada di Sekolah Menengah mereka, lawatan ke Universiti, mengambil bahagian dalam upacara kebudayaan, melawat pelbagai tempat menarik selain berkesempatan bermain ski di Muju Resort yang terletak di daerah Jeon Ju.

Apabila kami tiba di Incheon Airport pada jam 6.20 pagi kami disambut mesra oleh Cik Cecilia. Sebagai permulaan, kami melawat Istana Gyeongbok Palace terlebih dahulu. Menjejakkan kaki di situ, melahirkan perasaan umpama diri berada di laman istana di raja dahulukala yang dilengkapi pelbagai tarikan senibina unik dan tersendiri. Saya berasa sangat bertuah dapat menyaksikan pertukaran pengawal di pintu istana, kebetulan kami sampai tepat pada masanya. Kemudian kami meneruskan lawatan ke Muzium Perang dan Tugu Peringatan Perwira Korea yang terkorban mempertahankan Negara semasa peperangan Korea-Jepun. Selepas makan tengahari ,kami ke destinasi yang dinanti-nantikan- ‘Bandar Jeonju’ untuk memulakan aktiviti homestay. Perjalanan daripada lapangan terbang ke Jeonju mengambil masa kira-kira empat jam. Kesejukan yang terlampau memaksa kami untuk mengenakan pakaian musim sejuk. Pemandangan sepanjang perjalanan kelihatan indah dengan pohon-pohon Maple yang daunnya berwarna kuning-kemerah-merahan serta pohon-pohon lain yang telah keguguran daunnya. Korea Selatan merupakan sebuah negara yang dipenuhi dangan gunung yang mencakar langit. Lebih menarik, timbunan salji yang memantul cahaya seperti berlian boleh dilihat di puncak pergunungan.

Kami tiba di JeonJu pada pukul 4 petang. Ketika itu, semua keluarga angkat sedang menunuggu ketibaan kami dengan penuh senyuman. Terpancar keikhlasan di wajah mereka untuk menerima kami dengan hati yang terbuka. Kami disambut dengan persembahan ‘seni mempertahankan diri masyarakat Korea’. Acara pembukaan diadakan dengan pertukaran persembahan kebudayaan antara dua negara - Malaysia dan Korea. Pada majlis perkenalan selama tiga jam ini,kami berpeluang mempelajari budaya rakyat Korea dan bertukar-tukar pendapat. Lewat petang,kami dibawa pulang ke rumah keluarga angkat masing -masing. Hati saya resah bercampur gembira. Inilah pengalaman pertama saya tinggal di rumah keluarga angkat.Semestinya saya berasa janggal kerana menjadi orang baru, tambahan pula mereka berlainan bahasa, budaya dan agama. Saya mengambilnya sebagai satu cabaran yang sangat positif. Ayah angkat saya merupakan seorang doktor gigi manakala isterinya pula seorang suri rumah. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Walaupun ayah angkat saya berpendidikan tinggi, beliau tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya kagum terhadap semangat priotik mereka dan kebanggaan mereka terhadap bahasa dan budaya sendiri.

Tiga hari yang seterusnya menjanjikan banyak aktiviti bersama-sama keluarga angkat.Awal pagi saya dibawa oleh keluarga angkat ke perkampungan tradisional JeonJu – ‘The Hannook Village’. Saya berpeluang menyaksikan pengeluaran kertas yang dihasilkan dari pokok Malberry yang kemudiannya dibuat pakaian untuk pengkebumian orang-orang kelas atasan kerana harganya yang sangat mahal. Saya berserta ahli rombongan yang lain juga mengambil bahagian membuat ‘rice cake’ dan ‘vegetable pancake’ yang merupakan sumber pendapatan penduduk perkampungan Hanook. Pada sebelah petang, kami serombongan dijemput menghadiri majlis perkahwinan mengikut adat-resam tradisional Korea. Dengan menggenakan Hambok ( pakaian tradisional Korea ) kami mengikuti upacara persandingan dan seterusnya mengiring perarakan pengantin mengelilingi kampung mengisytiharkan  permulaan kehidupan mereka sebagai suami-isteri. Saya berasa sangat bertuah berpeluang untuk menghadiri upacara sebegini yang jarang dilalui oleh pelajar seusia saya. Semua pendedahan ini memberikan pengalaman yang unik buat saya. Perasaan bertuah itu berganda apabila kami semua berpeluang ke udara di siaran televisyen melalui rakaman Korea Broadcasting System yang membuat liputan upacara perkhawinan tradisional tersebut.   

Lewat petang, kami ke Muju Ski Resort di mana orang ramai datang untuk berski . Permandangan di sana amat menarik sekali.Rata-rata semua pelajar menyatakan pengalaman bermain ski adalah sangat menyeronokkan. Setelah puas berseronok, saya pulang ke rumah keluarga angkat. Malam ini merupakan malam terakhir saya menetap di rumah mereka. Entah mengapa, perasaan sayu mula                                          timbul di lubuk hati.

Keesokan paginya, saya bangun awal untuk menyediakan sarapan ala Melayu dengan bahan-bahan segera yang saya bawa dari Malaysia. Keluarga angkat saya berkata mereka sangat mengemarinya. Selepas sarapan ,kami berpisah. Mereka menghantar saya ke stesen bas di mana saya bertemu dengan pelajar-pelajar lain. Kesempatan mengenali mereka, walaupun sekejap memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan buat saya. Rombongan kami seterusnya melawat ke Sekolah Menengah Jeonju Shinheung. Kedatangan kami diterima oleh mereka dengan tangan yang terbuka. Kain rentang dipamerkan menyambut ketibaan kami.Kami dibawa melawat ke sekitar sekolah. Disekolah berkenaan semua mata pelajaran
di ajar dalam bahasa Korea kecuali bahasa Inggeris. Saya berpeluang untuk menyertai kelas drama mereka selama dua puluh minit. Saya difahamkan sekolah bermula dari jam lapan pagi dan tamat jam sepuluh malam. Pembelajaran rasmi berakhir pada pukul enam petang. Pelajar Korea terpaksa bekerja keras untuk mencapai prestasi cemerlang untuk memenuhi syarat kemasukan Universiti. Seterusnya kami dibawa melawat ke Jeonju Universiti.Saya sangat berpuas hati dengan layanan yang kami
terima. Kami diberi taklimat




 khas, diperkenalkan kepada system Universiti dengan penggunaan system IT yang canggih di semua bahagian kampus. Selepas jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak Universiti,kami bertolak ke Gyeongju-Bandar Bersejarah. Gyeongju–menjanjikan pemandangan yang sangat cantik dan tempat-tempat tinggalan sejarah yang mesti dilawati pelancong yang berkunjung ke Korea Selatan. Antara tempat-tempat yang sempat kami lawati ialah  Shilla
Millenium Park yang merupakan peninggalan Kerajaan Shilla yang dihidupkan kembali. Kami menyaksikan sejarah yang digambarkan melalui persembahan lakonan. Kami juga melawat ke Orgel Music Museum dan Teddy Bear Museum.
Hari-hari akhir di Korea Selatan dihabiskan di Seoul. Sea World mempamerkan pelbagai kehidupan laut.Persembahan tarian Ballet di dalam akuarium sangat mempersonakan. Selain itu kami juga berkesempatan ke Sky Art untuk
melihat pemandangan keseluruhan Bandar Seoul, selepas menikmati makanan steamboat yang enak di Restoran Shabu-Shabu. Di Sky Tower, dua orang pelajar yang
mengikuti rombongan ini telah menunjukkan kemahiran mereka dengan bermain alat musik secara solo. Pengunjung-pengunjung di situ semuanya terpesona dengan kehebatan mereka memainkan alat masing-masing.

Lotte World Theme Park - Taman tema yang dinanti-nantikan oleh semua yang mempunyai reka bentuk ala Disneyland. Kami menghabiskan separuh hari di sini dan ianya sungguh menyeronokkan. Kemudian kami pergi membeli belah di Doota. Saya mengambil kesempatan ini untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang.
Pada sebelah malamnya, saya tidak sabar untuk menonton persembahan ‘Marionette’yang berlangsung selama satu jam.Persembahan ini sangat menakjubkan. Kami semua terpegun dengan kreativiti dan kemahiran yang ditonjolkan. Ini merupakan persembahan luar biasa. Walaupun saya pernah menonton persembahan sebegini di Youtube, namun ianya tidak sehebat yang saya lihat di sini.

Hari berikutnya, rombongan kami melawat ke Digital Media City (DMC) untuk memahami sendiri perancangan Bandar Berteknologi Tinggi Korea Selatan yang di jangka siap pembinaannya menjelang 2014. Antara kehebatannya ialah seseorang boleh menyemak dari sistem computer di pejabat untuk mengetahui apa yang terkandung didalam peti ais di rumahnya, sekali gus boleh memesan barang-barang yang dikehendaki dari pasar mini untuk dihantarkan ke rumahnya.
Aktiviti lain yang tidak dapat saya lupakan ialah pertandingan mengukir ais. Pertanding ini diadakan di Ice Gallery di bawah anjuran PTPI Korea. Salah seorang pelajar rombongan kami berjaya meragut gelaran juara bagi acara tersebut. Kami juga dibawa masuk ke rumah Igloo. Ini adalah saya pengalaman yang sungguh menarik. Saya terpukau melihat alat-alat musik, sofa dan sebagainya yang diperbuat daripada ais dan diukir dalam saiz sebenar.
 Hari terakhir dihabiskan di pusat membeli belah Myeongdong dan Dongdaemon. Saya dan beberapa ahli rombongan yang beragama Islam diberi kesempatan ke Itaewon , menikmati masakan Turkey di Restoran Saalam dan mengerjakan solat Zohor dan Asar di satu-satunya masjid di Seoul.
 Pada malam tersebut kami bertolak pulang ke
Malaysia. Walaupun singkat, saya dapat menimba pengetahuan dan pengalaman yang baru. Selain itu, saya berbangga kerana merupakan satu-satunya pelajar MRSM yang menyertai rombongan yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada pelajar swasta dan juga sekolah antarabangsa.
 Tuntasnya, saya merasakan bahawa program ini merupakan satu kejayaan kerana ia membuktikan bahawa ilmu yang dialami sendiri adalah lebih mudah difahami daripada ilmu yang dipelajari dari buku.

4 comments:

  1. erm! mcm mne bley dpt tawaran sambil belajar di luar negara ni? nak jugak..kalau boleh!!hehe

    ReplyDelete
  2. kami memang sentiasa menawarkan lawatan sambil belajar.jika kamu brminat sila layari ruangan upcoming programme di atas untuk makluman lawatan 2013. pembayaran adalah sendiri.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. nak tanya, senang tak nak bermesra dengan keluarga angkat tu ? and how many students for each family ?

    ReplyDelete